Info ini dipetik dari laman sesawang Pandulaju . SUDAH menjadi kebiasaan kita melihat jenama Perodua memilih Daihatsu untuk melakukan peng...
Info ini dipetik dari laman sesawang Pandulaju.
SUDAH menjadi kebiasaan kita melihat jenama Perodua memilih Daihatsu untuk melakukan pengubahsuaian terhadap jentera mereka. Mana tidaknya, kedua-dua jenama ini adalah ‘adik-beradik’ dan sudah pasti ia berhubung kait.
Hadir lain dari yang lain, Perodua Kelisa milik Shah @ John Kaduk ini agak unik. Hampir keseluruhan bodykit asalnya ditukar menjadi Daihatsu Gino Trevis.
LUARAN:
Memandangkan Daihatsu Gino Trevis adalah model kereta kompak yang dipasarkan di sekitar Eropah, pencarian barangan alat ganti di Malaysia sedikit sukar. Oleh itu, pemilihan konsep dilakukan dianggap sebagai rare. Hasil usaha empunya jentera, ia berjaya mendapat kesemua alat ganti yang diperlukan.
Lebih penting, alat ganti dibeli adalah 100 peratus tulen dan berjaya membuatkan Gino Trevis ini kelihatan lebih kemas dan tegap berbanding yang asal.
Sosok badan bewarna biru itu kemudian menambah bumbung panoramik daripada model Nissan Sentra, menjadikan ia kelainan di antara lain.
Selain luaran, modifikasi turut dijalankan pada bahagian enjin. Ia menggunakan enjin 4-silinder YRV-K3 dari Daihatsu. Tidak setakat itu, Piston Nissan Mark bersaiz 73mm dilantik menjadi penghuni baru YRV-K3 peningkatan kuasa.
Bagi memantapkan lagi prestasi, pengecas turbo asal milik enjin ini diganti dengan pengecas turbo TDO5 dari jenama Greddy Wastegate dari Tial turut dipilih.
Untuk penyejukan ruang udara, Intercooler HKS diberikan kepercayaan melakukan tanggungjawab tersebut. Seperti jentera berprestasi tinggi lain, hos dari Samco digunakan untuk menyalirkan saliran- penting bagi sistem pergerakan enjin.

PRESTASI:

Beralih ke bahagian transmisi, ia masih mengekalkan kotak gear asal 5-kelajuan. Cuma klac berprestasi tinggi dari Triniti dipilih untuk memindahkan kuasa dari enjin ke kotak gear dengan sempurna. Bahagian elektronik pula menggunakan khidmat boost meter dari Works Engineering untuk memantau kuasa jentera ini serta ecu berjenama AVS.
Selain itu, paparan meter kelajuan milik Daihatsu YRV telah mengambil tugas menyampaikan informasi kelajuan dan keadaan kereta kepada pemandu. Untuk hiburan, pembesar suara dari Addzest di tempatkan di setiap sudut kereta ini untuk kepuasan optimum.
Macam mana, terliur tak lepas tengok. Cuma nak pesan, jangan tak lena tidur pula dek penangan Perodua Kelisa Trevis!!!
SPESIFIKASI
Perodua Kelisa
ENJIN YRV-K3
MODIFIKASI ENJIN Piston Nissan Mark 73mm, TDO5, Tial wastegate, blowoff, velocity intake manifold, fuel regulator, Samco hose, HKS intercooler, fuel pump AVS, radiator stainless steel.
TRANSMISI Manual 5-kelajuan, clutch Trinity
ELEKTRONIK RSM, Work boost meter, AVS management.
SUSPENSI Adjustable Mines
RODA Rim BBS rs 15×7.5jj et26, Tayar Silverstone 165/50/15
DALAMAN Bride illest low max semi bucket, steering Momo, meter YRV, speaker Addzest.
LUARAN Daihatsu Gino Trevis, sunroof Nissan Sentral, ekzos Kakimoto Racing
BENGKEL Miekron Auto
PEMILIK Shah @ John Kaduk