Tayar Celup Tayar celup melibatkan proses pembuatan yang baru dan diiktiraf oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysi...
Tayar Celup
Tayar celup melibatkan proses pembuatan yang baru dan diiktiraf oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Tayar baru biasanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun bergantung pada jarak perjalanan sesebuah kenderaan. Tayar itu boleh dicelup semula oleh insdustri celup tayar sebanyak dua kali sahaja.
Pembuat tayar celup akan meneliti dan memeriksa tayar-tayar yang mereka celup dan memilih tayar yang betul-betul selamat untuk dicelup semula manakala yang tidak sesuai akan dibuang untuk dikita semula.
Di kilang tayar yang akan dicelup akan ditambah kompaun atau lapisan tayar yang baru sebelum di toreh semula.
Tayar celup selamat digunakan kerana terdapat piawaian dan spesifikasi teknikal yang menepati industri pembuatan tayar celup dan kawalan terhadap proses pencelupan tayar juga adalah sangat ketat.
Tayar celup diiktiraf oleh pelbagai negara seperti New Zeland, Australia dan Taiwan turun menempah tayar celup yang dihasilkan di Malaysia.
Tayar Toreh
Tayar toreh dihasilkan daripada tayar yang sudah botak dan ditoreh semula oleh " Industri yang tidak diiktiraf " secara haram dan tidak menepati mana-mana piawaian keselamatan.
Tayar toreh ini sangat bahaya kepada pengguna jalan raya. Cengkaman tayar menjadi kurang semasa cuaca hujan serta tayar yang nipis.
Jadi kita kita mampu untuk menukar tayar baru adalah lebih baik. Jika kurang berkemampuan carilah tayar terpakai yang masih mempunyai bunga melebihi 70% bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.