Daihatsu Blue Boon X4 Peminat Daihatsu Boon di Tanah Melayu pada masa kini semakin bertambah bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan...
|
Daihatsu Blue Boon X4 |
Peminat Daihatsu Boon di Tanah Melayu pada masa kini semakin bertambah bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tidak seperti pemilik Daihatsu Boon X4 yang diberi nama Blue Boon. Semangat kental yang berada dalam diri Fahmie sejak bermain JDM ini.
|
Bodypart Complete Daihatsu Boon X4 |
Dengan bernadikan enjin 1.5cc Toyota BB bagi menggantikan enjin standart Perodua MyVi 1.3cc dengan sistem gear automatic sudah cukup memandu dengan selesa.
|
Enjin Toyota BB 1.5 Liter |
Sistem brake YRV bahagian depan digunakan bagi menguatkan lagi cengkaman dan bahagian belakang masih mengekalkan penggunaan drum brake. Bagi sistem suspense pula Fahmie lebih suka menggunakan absorber standart Daihatsu Passo dan dikenakan dengan spring Eibach.
|
Luaran Enjin Bay Blue Boon |
Pada bahagian roda pula sangat menarik lagi segak bergaya dengan bertatahkan rim Enkie CPS original 15 inci 7jj. Tidak lengkap sesebuah kereta dengan tayar Bridgestone Ecopia 195/55.
|
Rim Enkei CPS 15 Inch 7jj Tayar Bridgestone Ecopia |
Berpindah pada bahagian luaran pula. Dengan menggunakan bodypart JDM Daihatsu Boon X4 depan dan belakang menambahkan seri pada Blue Boon ini. Air scoop Boon X4, side mirror Daihatsu Passo dan Sunroof Toyota Camry.
|
Sun Roof Toyota Camry |
Pilihan warna yang sesuai iaitu Biru Jazz menyerlahkan lagi kehenseman Blue Boon ini.
|
Wiper PIAA Crum |
|
Bahagian Dalaman |