Tiada lagi kompaun akan dikenakan untuk pesalah trafik tanpa lesen yang sah dan mereka bakal terus didakwa ke mahkhamah. Memetik lap...
Tiada lagi kompaun akan dikenakan untuk pesalah trafik tanpa lesen yang sah dan mereka bakal terus didakwa ke mahkhamah. Memetik laporan The Star Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ini adalah untuk memastikan pengguna jalan raya mengambil serius perkara ini dan bertanggungjawab semasa di jalan raya.
“Kami tidak mahu lagi mengenakan kompaun kepada pesalah trafik tanpa lesen yang sah dan mahu terus mendakwa mereka ke mahkhamah kerana banyak kes kemalangan dan kematian adalah berpunca daripada mereka,” kata Khalid. Tambahnya lagi, pemilik kenderaan juga akan turut didakwa, termasuklah ibubapa mereka.
Mereka tidak akan terus ditahan tetapi setelah kami mendapat arahan dari Peguam Negara, kami akan mendakwa mereka ke mahkhamah. Beliau juga diminta mengulas mengenai cadangan wakil Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli untuk membenarkan penggunaan ganja di negara ini. “Kami tahu ramai yang menyalahgunakannya dan ia merupakan pemangkin kepada penggunaan dadah yang lebih kuat. Ia juga dilarang oleh kebanyakan agama, termasuk Islam.”tambahnya lagi.
Suatu usaha yang baik dari pihak Polis Diraja Malaysia dalam menangani masalah undang-undang trafik.