Sejak diperkenalkan pada tahun 1990-an lagi, kereta kompak pertama keluaran tempatan ini jelas pantas mendapat tempat di hati rakyat Tanah ...
Sejak diperkenalkan pada tahun 1990-an lagi, kereta kompak pertama
keluaran tempatan ini jelas pantas mendapat tempat di hati rakyat Tanah Melayu.
Dengan harga yang berpatutan dan saiznya yang kecil, kereta ini
mula menambat hati golongan muda yang baru memulakan hidup atau baru memikirnya
kereta petama.
Memang bukan satu rahsia lagi bahawa Perodua Kancil dibina
berdasarkan model Daihatsu Mira. Maknanya, apa sahaja aksesori Daihatsu Mira
boleh digunapakai pada Perdua Kancil ini.
Disini bermulanya kegilaan rakyat Tanah Melayu mengubah suai
Perodua Kancil mereka. Kegilaan mereka terhadap kereta kecil tidak pernah
padam, sehingga ke hari ini pelbagai model Perodua Kancil yang sudah
diadaptasikan ke model Daihatsu Mira Moderno, L2S, Mira J dan lain-lain lagi.
Pengalaman mengubah suai Perodua Kancil sejak lebih sedekad lalu
membuatkan wujudnya ramai pakar dalam mengubahsuai Kancil.
Pemilik Kancil ini namanya Bob. Jalan
modifikasi yang dipilih ialah aksesori JDM yang terbaik. Kebanyakan modifikasi
Kancil bermula di ruang enjin. Sebabnya, enjin asal Kancil, tak kira la
660cc atau 850cc memang lari macam siput. Jadi, Bob menggantikan enjin asal
dengan enjin L200S turbo.
Enjin diubah suai dengan menggantikan
penapis udara pod terbuka dan semua hos-hos getah enjin diganti dengan hos
silikon buatan Samco. Ekzos pula diganti dengan paip ekzos custom 2 inci dengan
peredam bunyi RSR.
Kuasa 64hp yang mampu dihasilkan dari
enjin ni disalurkan kepada kotak gear automatik 4 kelajuan yang datang dengan
LSD.
Untuk mengekalkan keselesaan dan
membantu pengendalian, Bob menggunakan set penyerap hentak OEM Mira L200 untuk
mendapatkan kerendahan yang diingini. Brek standard Mira L200 pun disalin masuk
ke Kancil bagi tujuan keselamatan.
Bob menggunakan set rim BBS RS
berdiameter 15 inci yang dicat dengan warna ungu. Rim yang agak besar itu
dibalut dengan tayar Atract 165/50/15 jenis semi-slick yang sememangnya nampak
jahat apabila dikenakan dengan rim BBS.
Berbeza dengan ‘hardcore’ Kancil yang
gemarkan aksesori Mira L500, Bob lagi suka layan aksesori asli model L200, dari
panel luar sampailah ke tempat duduk.
Untuk pemilihan bodykit, Bob memilih
bodykit lengkap Mira L200 Moderno yang sebenarnya sepupu paling rapat dengan
Perodua Kancil. Awat saya kata macam tu? Sebabnya lampu depan dan belakang,
hatta bonet depan sekalipun rekaannya sama dengan barang asal Kancil.
Hanya bampar diperlukan untuk menukar
wajah depan Kancil ini menjadi Mira Moderno. Lampu Kancil dan fender tepi asal
kalau tak tukar pun boleh.
Tapi untuk kereta Bob, semuanya disalin
dengan panel asli Mira Moderno Limited yang terkenal dengan bampr depan
spotlight ‘ketam’. Aksesori JDM lain yang boleh dilihat ialah lips bampar depan
jenis gentian karbon, ‘lintah’ bampar krom, cermin sisi krom dan rak bumbung
buatan Terzo.
Warna hijau terang menjadi pilihan sebab
warna ni sememangnya memanggil-manggil orang untuk menoleh ke arahnya.
Di bahagian dalam, semua tempat duduk diganti dengan tempat duduk Mira Pico. Papan pemuka pula disalin terus daripada half-cut enjin L200S.
Apa yang menarik ialah corong pendingin
hawa papan pemuka ini yang dipasang dengan corong extension. Saya baru tau itu
aksesori JDM yang super rare untuk Mira L200.
Dari segi aksesori elektronik, Kancil
ini dipasang dengan RSM A’PEXi, meter boost Defi STi Genome, turbo timer HKS
dan penstabil voltan Pivot Vcapa.