Setiap kali tibanya musim perayaan, maka jalan raya akan menjadi begitu sibuk serta sesak yang amat luar biasa. Bagi mengurangkan keses...
Setiap kali tibanya musim perayaan, maka jalan raya akan menjadi begitu sibuk serta sesak yang amat luar biasa.
Bagi mengurangkan kesesakan, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sudah menyediakan beberapa strategi penyuraian trafik dan boleh dijadikan panduan untuk pengguna lebuh raya pada musim perayaan.
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) 1 - 10 Julai 2016
Rebat Tol 30 Peratus pada 4, 8 dan 11 Julai
Cara mendapatkan info trafik terkini di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Persedian lain oleh PLUS untuk keselesaan dan keselamatan pengguna

- Rebat tol sebanyak 30 peratus
- Ditawarkan sepanjang hari bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membayar tol menggunakan sistem elektronik (menerusi kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTAG)
- Diberikan untuk perjalanan jarak jauh (melebihi 100 kilometer) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya ELITE.
- Rebat tol tersebut boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan di lebuh raya PLUS bermula 15 Ogos hingga 14 November 2016 ini.
- Sebagai contoh, perjalanan dari Plaza Tol Sungai Besi hingga Plaza Tol skudai membolehkan orang ramai menikmati penjimatan sebanyak RM12.39 dalam bentuk Tambah Nilai seperti berikut :
Cara mendapatkan info trafik terkini di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
- Twitter PLUSTrafik
- Aplikasi PLUS Mobile Apps
- Talian PLUSLine 1800 88 0000
- Papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Persedian lain oleh PLUS untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
- Menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik (TMC)
- Menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda
- Menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik
- Pertambahan kawasan meletak kenderaan
- Pembukaan tandas bergerak sementara di kawasan-kawasan rehat utama
- Menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih
- Menempatkan lebih dari 2,300 kakitangan di plaza-plaza tol
- Pemantauan trafik dari udara
- Membuka laluan kontra di beberapa laluan yang kritikan (bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak POLIS)