Selepas Perodua melancarkan Model konsep di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada 2010. Tanggal 21 Julai 2016 Perodua...
Selepas Perodua melancarkan Model konsep di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada 2010. Tanggal 21 Julai 2016 Perodua telah melancarkan kereta sedan pertama mereka iaitu Perodua Bezza.
Perodua Bezza atau dikenali juga sebagai Perodua Sedan adalah model konsep semasa KLIMS 2010.
Terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang terdapat pada Perodua Bezza ini.
Jom kita layan.
1. DUA PILIHAN ENJIN
- Perodua Bezza hadir dengan kapasiti enjin 1.0L dan 1.3L. Bagi 1.0L 1KR-VE dengan VVT-i, ia menghasilkan kuasa sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan tork 91Nm (4,400rpm).
- Manakala enjin 1.3L dijana enjin 1NR-VE dengan dual VVT-i berkuasa 94hp (4,400rpm) dan tork 121Nm (4,000rpm)
2. TAMPIL DENGAN 3 VARIAN
- Perodua Bezza tampil dengan 3 varian Bezza Standart G (1.0L), Bezza Premium X (1.3L), Bezza Advance (1.3L).
- Jenis transmisi ialah automatik 4-Kelajuan dan manual 5-Kelajuan, tetapi untuk varian Bezza Advance cuma ada transmisi automatik sahaja.
3. CIRI KESELAMATAN TERMAJU
- Menarik mengenai Bezza ialah semua varian dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
- Bagi Bezza Advance pula mendapat tambahan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).
4. SISTEM MULA-HENTI
- Perodua Bezza bakal memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop yang digunapakai Mazda2.
- Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ia adalah sistem yang sama digunakan pada kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.
5. TEKNOLOGI TERKINI
- Pembeli Bezza Premium X dan Advance turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar, akses pintar, punat mula-henti dan port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang, punat kawalan jauh untuk bukaan but.
- Ciri audio pula didatangkan standard bersama sambungan USB untuk semua varian, manakala Bezza Premium X mendapat fungi tambahan wireless, Bluetooth dan Bezza Advance dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi dan 'Smart Link' berserta kamera undur.
6. TERIMA 5 BINTANG ASEAN NCAP
- Bagi versi Premium X, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5 bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.
7. WARANTI 5 TAHUN
- Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama 5 tahun atau 150,000km perbatuan.
8. PRAKTIKALITI
- Tidak juga dilupakan aspek praktikaliti yang sinonim dengan model Perodua, di mana konfigurasi tempat duduk belakang Bezza boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan.
9. HARGA KOMPETITIF
- Perodua turut menyatakan harga Perodua Bezza adalah mampu milik. Harga dari sekitar RM37,300 sehingga RM50,800.