Undang-Undang Jalan Raya Yang Pelik Di Dunia Juga Terdapat Di Malaysia

SHARE:

Artikel ini di petik dari laman sesawang PanduLaju . KATA pepatah, lain padang lain belalang. Begitu juga dengan undang-undang jalan raya ...

Artikel ini di petik dari laman sesawang PanduLaju.

KATA pepatah, lain padang lain belalang. Begitu juga dengan undang-undang jalan raya di setiap negara seluruh dunia. Rasanya undang-undang negara kita tiada yang pelik, semuanya munasabah dan ada alasan konkrit mengapa ia dikuatkuasakan.



Bagaimanapun, memang wujud undang-undang jalan raya yang pelik di sesebuah negara. Kadang-kadang macam mengada-ngada pun ada. Senarai di bawah ialah beberapa perlakuan pemandu yang dianggap SALAH jika dibuat di negara tersebut. Kalau masih degil, terimalah saman!

AUSTRALIA
Membiarkan kunci di suis penghidup tanpa berada dekat kenderaan – Mungkin banyak kecurian kat sana.

CHINA 
Beri laluan kepada pejalan kaki melintas jalan – Orang melintas pula yang kena bagi laluan. Haru!



CYPRUS
Minum semasa memandu – Ini terpakai untuk semua jenis minuman, bukan arak sahaja. Itulah siapa suruh tak bungkus air ikat tepi.

DENMARK
Menghidupkan kenderaan tanpa memeriksa lampu, brek, stereng dan hon. Anda juga mesti keluar melihat sekeliling kereta bagi memastikan tiada kanak-kanak menyorok atau bermain berhampiran – Dah macam kat sekolah memandu.

FINLAND
Bermain muzik dalam teksi tanpa lesen yang sesuai – Macam zaman Jepun pula nak dengar radio kena ada lesen.

PERANCIS
Tidak bawa kit uji paras alkohol – Nampak sangat orang Perancis kuat minum.

IRAN
Kuatkan radio, pemandu wanita berpakaian tidak elok atau kurang sopan, membawa binatang peliharaan – Elok juga. Kurang sikit eksiden sebab nampak awek seksi.

ITALI
Memandu melewati zon bersejarah tanpa permit khas – Ini patut disokong. Kurangkan pencemaran di kawasan bersejarah.

JEPUN
Melanggar lopak air atau selut hingga terkena pejalan kaki – Setuju. Kalau di Malaysia memang keraplah saman keluar setiap kali musim hujan.



KOREA UTARA
Wanita menunggang basikal – Jenuh fikir sebab apa tak boleh. Basikal je kot.

RUSIA
Memandu kenderaan kotor – Boleh fikir buka car wash kat sana.

ARAB SAUDI
Wanita memandu – Pun jenuh fikir sebab apa tidak boleh. Masih tak faham.

AFRIKA SELATAN
Tidak berhenti ketika pengembala beri isyarat mahu melintas dengan haiwan ternakan mereka – Hidup pengembala!

SEPANYOL
Memandu tanpa ekstra cermin mata dalam kereta – Ingat tayar saja ada spare. Cermin mata pun sama.

SWITZERLAND
Cuci kereta pada Ahad – Bagus juga. Boleh jimat air dan galakkan cuci sendiri.



THAILAND
Memandu tanpa berbaju – Mungkin sebelum ini orang Siam selalu berlenggeng saja sambil bawa kereta.

TURKI
Tiada peranti reflektif, pemadam api dan kit kecemasan dalam kereta – Ini terbaik. Kalau jadi apa-apa tak payah nak pinjam drebar sebelah.

BRITAIN
Bawa binatang berpenyakit dan mayat dalam teksi – Peh, mesti ada kes bawa mayat dalam teksi sebelum ini.

MALAYSIA
Tidak masuk lorong kecemasan ketika lalu lintas sesak – Hehehe. Ini gurau saja. Jangan nak serius pula!


COMMENTS

Name

#Event #Gallery #Garage #Info #MKCC #PowerUp #Teknikal #Terkini
false
ltr
item
Art Of Kei Car: Undang-Undang Jalan Raya Yang Pelik Di Dunia Juga Terdapat Di Malaysia
Undang-Undang Jalan Raya Yang Pelik Di Dunia Juga Terdapat Di Malaysia
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi58nbGw2f2vSLpMn3bOmACyC19ZF-CyuH8UJORXLTGZqPUPdpZPZe0YyhWEi1AUKlpgU1LDRDE5SpUmi1fgwGm94whW-gFopb2ZROqcj4dktdnXc3BZyY5uyR9mRbSnRPI_gVyb0P48r0/s1600/traffic-signs-and-symbols-at-1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi58nbGw2f2vSLpMn3bOmACyC19ZF-CyuH8UJORXLTGZqPUPdpZPZe0YyhWEi1AUKlpgU1LDRDE5SpUmi1fgwGm94whW-gFopb2ZROqcj4dktdnXc3BZyY5uyR9mRbSnRPI_gVyb0P48r0/s72-c/traffic-signs-and-symbols-at-1.png
Art Of Kei Car
https://kcarloversmy.blogspot.com/2016/02/undang-undang-jalan-raya-yang-pelik-di.html
https://kcarloversmy.blogspot.com/
http://kcarloversmy.blogspot.com/
http://kcarloversmy.blogspot.com/2016/02/undang-undang-jalan-raya-yang-pelik-di.html
true
6270537898345132451
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy