Perodua Viva Avy – Tampak Kecil Tapi Power

SHARE:

Info ini dipetik dari laman sesawang  Pandulaju . DAIHATSU antara pengeluar automotif terawal di Jepun. Pencapaian pengeluar terbesa...

Info ini dipetik dari laman sesawang Pandulaju.



DAIHATSU antara pengeluar automotif terawal di Jepun. Pencapaian pengeluar terbesar pasaran kereta kompak atau ‘Kei-Car’ itu, termasuk kenderaan komersil seperti van dan pikap mini tidak perlu dipertikaikan lagi. Sememangnya cemerlang!

Apa yang melariskan kereta kompak buatan Daihatsu ialah faktor tahap penggunaan petrol yang menjimatkan, harga beli mampu milik, dan saiz kecil yang memudahkan pengguna bergerak, meletakkan kenderaan dan mencilok di tengah kesibukan kota.


Daihatsu Mira adalah legasi kompak milik syarikat tersebut dengan beberapa sub-model di bawah jenama besar itu seperti Mira Avy, Mira Gino, dan Mira Van. Di Malaysia, pasaran Mira dimiliki syarikat automotif Malaysia, PERODUA.

Kali ini, sebuah model Perodua Viva ditukarkan karakter kepada Mira Avy. Disebabkan Viva ialah model Perodua yang diadaptasi daripada Mira Avy, proses modifikasi kedua-dua model ini tidaklah sesukar mana kerana berkongsi struktur casis yang sama.


PRESTASI:

Tidak hanya bahagian luaran dan dalaman yang diubah suai, bahagian enjin turut diberikan sentuhan modifikasi dengan menempatkan enjin Daihatsu Mira Avy EJ-Vet Turbo berkapasiti 660cc bersama transmisi asal.

Sistem turbo dilengkapkan injap blow-off HKS untuk mendapatkan aliran udara optimum. Casis menggunakan stabilizer bar Ultra Racing untuk menegapkan profil kereta. Bahagian paip ekzos daripada jenis ‘direct’ dengan material keluli tahan karat bersama mufler jenis Silent Hi-power yang juga daripada HKS.


DALAMAN:

Hampir keseluruhan bahagian dalaman didandan barangan asli Mira Avy warna krim yang dapat dilihat pada papan pemuka, trim pintu, karpet dan tempat duduk serta pemijak kaki. Antara kemasan tambahan digunakan ialah kulit bumbung jenis ‘pillar’.






Meter putih jenis 07 menggantikan meter asal Viva. Aksesori lain yang turut ditempatkan ialah meter mekanikal ‘boost’ Apexi, EL 62mm. Apa yang lebih menarik, sistem audio kereta menggunakan sepenuhnya produk Carrozeria buatan Pioneer yang lengkap dengan pembesar suara satelit TS-STX99, twiter berkaki, pembesar suara bantal baldu walnut Carrozeria Air Link Type 4way TS-A90, dan wufer Carrozeria TS WX200A bass berkapasiti tinggi 180 watt.



LUARAN:

Berbalik kepada bahagian luaran, tuan punya Viva Avy, Mohd Bilal memutuskan menukar sepenuhnya rupa Viva standard miliknya kepada Daihatsu Mira Avy Rs 04 untuk bahagian depan dan belakang. Ini termasuk menggantikan lampu hadapan jenis HID, lampu kabus, skirt sisi dan fender.

Jelas kelihatan di bonet belakang ialah bar jenis upper rear daripada Ultra Racing yang bertujuan menguatkan casis kereta. Tayar pula menggunakan jenama Hankook saiz 165/55 R15 yang menyaluti rim Enkei jenis CPS2 saiz 15? x 7jj 4 x 100 et35+.


Akhirnya, lengkaplah sudah segala hasil kerja dan penat lelah membikin Viva Avy ini di bengkel Akwawork Garage dan Miazaki Paintwork. Semestinya projek ubah suai sebegini menuntut dedikasi tinggi dan minat yang mendalam selain memerlukan kesungguhan tidak terhingga. Namun, tiada apa yang mustahil jika ada kesungguhan dan anda percaya anda boleh!




SPESIFIKASI :

Perodua Viva 850 2009

MODIFIKASI ENJIN Daihatsu Mira Avy EJ-Vet Turbo 660cc dengan transmisi manual, injap blow-off HKS, stabillizer bar Ultra Racing

LUARAN Bodypart Avy RS 04 (depan & belakang), lampu utama HID, lambu kabus, skirt tepi, bar fender Ultra Racing

DALAMAN Papan pemuka Avy RS 07 (krim), trim pintu, kerusi dengan perehat lengan, kulit bumbung pillar, karpet, konsol gear dengan dulang air, meter putih 07, meter mekanikal boost Apexi EL 62mm, bar belakang atas Ultra Racing.

EKZOS Direct piping 2.0 stainless steel, mufler HKS silent hi-power.

RODA Enkei CPS2 15? x 7jj 4 x 100 et35+, Hankook 165/55 R15

HIBURAN Unit utama Daihatsu Mira Avy, pembesar suara satelit Carrozeria TS-STX99, twiter berkaki Carrozeria, pembesar suara bantal baldu walnut Carrozeria Air Link Type 4way TS-A90, wufer Carrozeria TS WX200A power bass 180watts

KELAB Mira Avy Northern

BENGKEL Akwawork Garage, Miazaki Paintwork


PEMILIK Mohd Bilal

Photo by Khyroll Adzham

COMMENTS

Name

#Event #Gallery #Garage #Info #MKCC #PowerUp #Teknikal #Terkini
false
ltr
item
Art Of Kei Car: Perodua Viva Avy – Tampak Kecil Tapi Power
Perodua Viva Avy – Tampak Kecil Tapi Power
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxeWjphqp5dbk06JjVRByITZDyo-KXeotJZpKva902QBGFjkwxLYQGH4Nj6q2IekysLQirdD4n6h7zcUsFuVmvyKT7jIXlF7Y8Zh2PMNg7F8QG0al5kDStbI-B-Minj5YyiSj-4YIjmrY/s1600/1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxeWjphqp5dbk06JjVRByITZDyo-KXeotJZpKva902QBGFjkwxLYQGH4Nj6q2IekysLQirdD4n6h7zcUsFuVmvyKT7jIXlF7Y8Zh2PMNg7F8QG0al5kDStbI-B-Minj5YyiSj-4YIjmrY/s72-c/1.jpg
Art Of Kei Car
https://kcarloversmy.blogspot.com/2016/03/perodua-viva-avy-tampak-kecil-tapi-power.html
https://kcarloversmy.blogspot.com/
http://kcarloversmy.blogspot.com/
http://kcarloversmy.blogspot.com/2016/03/perodua-viva-avy-tampak-kecil-tapi-power.html
true
6270537898345132451
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy